Latar belakang Asif Luqman Qazi

Asif Luqman dilahirkan pada 25 Oktober 1967[2] di Peshawar, Pakistan[3]. Asif belajar pada peringkat menengah Kolej Kadet Kohat dan Kolej Kerajaan Lahore. Beliau juga memperoleh dua ijazah sarjana dalam ekonomi dari Universiti Islam Antarabangsa Islamabad dan Universiti Boston, Amerika Syarikat. Beliau turut memasuki Kolej Baruch di New York City untuk pengajian pascasiswazah. Selepas selesai pengajian, beliau pulang ke Pakistan untuk membantu ayahnya, Qazi Hussain Ahmad, yang merupakan Pengerusi Jamaat-e-Islami dan anggota parlimen[3].

Beliau turut bekerja sebagai pensyarah di UIA Islamabad. Beliau telah dipilih sebagai anggota syura pusat Jamaat-e-Islami Pakistan dan memegang beberapa jawatan dalam parti tersebut. Beliau turut menjadi pengarah eksekutif di Pusat Perbincangan dan Penyelesaian, sebuah badan pemikir bebas yang berpusat di Islamabad[2].

Berkaitan